Pengurusan wang yang baik adalah mengurangkan perbelanjaan dan tidak melepasi kadar yang anda hasilkan. Jika pendapatan anda pada tahap sederhana usahakan untuk berbelanja mengikut kadar sederhana sahaja. Kebanyakkan mereka yang gagal dalam perancangan kewangan kerana berbelanja di luar kadar kemampuan yang sepatutnya. Tanda sebenar kehebatan kewangan ialah menyimpan cukup untuk hidup dengan selesa dalam jangka panjang dan juga jangka pendek. Bukan hanya menyimpan untuk membeli sesuatu barangan sahaja.
Anda boleh cuba mulakan dengan perkara ini:
Berjimat
Mulakan dengan mengasingkan wang untuk membina dana kecemasan. Dana kecemasan sangat penting untuk menyusun strategi kewangan anda. Sebaik-baiknya, anda sepatutnya mempunyai dana kecemasan yang boleh digunakan untuk perbelanjaan hidup selama enam bulan sekiranya perkara yang tidak diingini. Sekiranya anda rasakan enam bulan terlalu tinggi mulakan dengan menyediakan tabung kecemasan 3 bulan. Jika tiada tabung kecemasan anda berada tahap yang membimbangkan. Fikir2kan ye
Labur
Labur wang tambahan untuk masa depan anda. Sediakan diri anda untuk bersara dengan menyumbang kepada tabung atau dana takaful yang mempunyai simpanan. Boleh juga dilaburkan pada instrumen lain yang memberikan pulangan yang agak tinggi tapi mempunyai risiko yang rendah seperti Asb, Tabung Haji atau Private Retirement Scheme ( PRS ). Untuk jangka masa sederhana pula boleh dilaburkan di Unit Trust dan Private Placement. Unit trust sekarang ada yang boleh dimulakan dengan hanya bermodalkan Rm100 sahaja. Berbeza dengan private placement yang memerlukan modal yang agak tinggi tapi pulangan yang bagus.
Bayar hutang
Selesaikan hutang secepat mungkin sekiranya mampu sama ada pinjaman atau bil kad kredit. Anda mungkin mempunyai beberapa kewajipan hutang tapi dahulukan yang paling utama. Sentiasa buat sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum supaya anda tidak mengalami kerosakan skor kredit akibat pembayaran lewat. Jika rekod skor kredit anda teruk akan menyebabkan kesukaran untuk anda membuat pinjaman kerana pihak yang pemberi pinjaman akan perhatikan rekod anda. Jika anda mempunyai wang tambahan untuk bil, bayar hutang faedah tinggi dahulu.
Ulang
Teruskan membina dana kecemasan itu, melabur untuk persaraan dan menghapuskan hutang. Cara ini adalah cara yang terbaik untuk anda mendapat ketenangan dalam pengurusan kewangan. Jika belum mulakan lebih baik anda mulakan kerana anda akan rasai sendiri perubahan dalam hidup anda dari segi kewangan.
Ulasan
Catat Ulasan