Langkau ke kandungan utama

Wasiat

Masyarakat bumiputera kebanyakkannya anggap wasiat adalah sesuatu yang tidak penting dan buang masa. Punca utama mereka berpandangan pembahagian harta pusaka adalah terhad untuk waris-waris dan dibahagi melalui kaedah faraid sahaja.


Para alim ulamak dan fuqaha telah bersepakat bahawa wasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat adalah wajib bagi orang yang mempunyai harta. Ia berdasarkan firman Allah SWT dlm AlQuran yang bermaksud:


 “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 180)


Wasiat sebenarnya adalah ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan pengagihan harta selepas kematian kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka.


Kita juga harus memahami kadar yang dibolehkan untuk berwasiat. Tidak semua harta yang ada dibenarkan untuk diwasiatkan. K
adar harta yang boleh diwasiatkan adalah sebanyak satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan. Manakala, dua pertiga daripada harta pewasiat adalah merupakan hak ahli waris untuk dibahagikan secara faraid.






Ulasan