JENIS PERLABURAN DI MALAYSIA 2022
.
PELABURAN RENDAH RISIKO
1. UNIT TRUST
Ini antara pelaburan yang saya ketegorikan sebagai rendah risiko. Unit trust antara pilihan ramai pelabur yang mempunyai low risk tolerance kerana Unit trust memberikan pulangan yang paling tinggi antara yang lain iaitu 7%-10% setahun. Malah ada yang mampu berikan pulangan lebih dari 10% setahun bergantung kepada pengurus dana
2. ASB dan ASB FINANCING
ASB secara purata memberikan pulangan antara 4%-7% setahun dan ia adalah pelaburan yang dijamin kerajaan. Dan sesetengah menggunakan teknik ASB FINANCING untuk memaksimakan keuntungan didalam perlaburan ASB dengan kadar dividen yg lebih tinggi.
Tak perlu takut duit hilang atau kena scam memang kerajaan jamin dah pelaburan ASB ni.
3. FIXED DEPOSIT
Fixed deposit pula lebih kepada kita nak simpan wang kita disamping melihat wang tu berkembang. Kalau ikut pengetahuan saya bank hanya mampu berikan paling tinggi 4% setahun. Kebanyakanya 3%-3.5% setahun.
4. TABUNG HAJI
Tabung Haji pulak sudah kurang dari segi pemberian pulangan tahunan kepada pelabur. Hibah TH tahun lepas hanya 3.1% berbanding 6.25% pada tahun 2017. Ini disebabkan perubahan polisi TH sendiri.
5. RPS-I atau SAHAM KEUTAMAAN ISLAMIC
Saham keutamaan boleh tebus sekarang menjadi fenomena baru di kalangan pelabur kerana sistem akad yg sah dan memberikan pulangan yg tetap pada tempoh tertentu spt setiap bulan pelabur akn mendapat pulangan 3%... Kaedah ini lebih tenang dan menguntungkan bagi pelabur yg inginkan lebih ketenangan dlm melabur
PELABURAN RISIKO PERTENGAHAN DAN TINGGI
1. SAHAM
Pelaburan saham semakin mendapat tempat dihati pelabur terutama pelabur muda milennials. Pelaburan saham bagi saya boleh menjadi low risk juga apabila kita melabur dalam syarikat yang mempunyai asas yang kukuh dan memberi dividen.
Perkara wajib sebelum melabur saham adalah ILMU. Dengan ilmu yang betul pelaburan saham boleh diuruskan dengan risiko yang minima. Pulangan purata pelaburan bergantung pada ilmu seseorang. Jika melihat pada sektor pula, ada sektor berikan pulangan 10%, 20% malah ada yang 100%.
Ulasan
Catat Ulasan